Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Sunday, 15 August 2010

I'm gonna mish u !

Semalam (waktu entri ini di bikin, ia sedang waktu pagi) Triple A BFF keluar berbuka puasa bersama2. Plan saya berbuka puasa di dataran berhadapan dengan Masjid Shah Alam amat lah tepat! Ingat kitorang je syok sendiri bawa tikar dengan segala air dan Tupperware, rupanya ramai lagi klik kat situ serupa berkelah macam kami jugak;)

Saya ini sudah kepingin sangat mahu duduk masuk bersolat di Masjid Shah Alam tu. Siyes, tak pernah lagi.  So malam itu jadi kenyataan;)

Lepas magrib di situ, kami terus ke MCD seksyen 2……huhu hati sebak lah masa tengah taip entri ni. Tak tau kenapa…mungkin itulah kali terakhir kami keluar bersama2. Akan adakah lagi Ya Tuhan? kami duduk bertiga2, berkongsi cerita, gelak, marah dan sebagainya.

Ok, mungkin saya emo sikit pagi2 yang tak berapa cerah (Klang 2-3 arini ujan) teruskan..teruskan..

Ok..tak dapat nak teruskan….sebak lah! Rasa macam amy nak pergi jauh jer. Yer lah memang susah dah nk jumpa korang lagi lepas ni. Ni semua sebab tempat kerja baru punya pasal. Huwaaa, sedih betul nak tinggalkan social life saya. Tapi semua ini harus dilakukan demi masa depan saya dan keluarga. Nak kumpul duit sampai cukup target baru jumpa korang balik boleh? Huhuhu tak boleh la…tak boleh la macam ni. Ok, 10 bulan cukup tak..waaaa rindu lah, 10 hari tak jumpa pun rasa macam setahun! Tengok!! Ayat dah tak skema lagi!!

                              muka ceria Am sebelum dia merajuk jadi Amirah sbb tak bagitau kena 
                                          pakai baju merah ari ni. boleh ke? boleh ke?



  Tak percaya lagi yg saya dah gemuk...naahh bagi tgk nih! siap terkuit2 lagi tangan tu nak bukak Roti  Abang John tajaan Am, huhu. Cik Ayong drpd hari tue tak khatam2 lagi nak setting kamera mabeles dia tue. 




                           Peace siap2 sebelum En am menumpahkan air Barli ke atas tikar uzur ini:P



To Ayong & Am,

Malam tadi korang ingat amy ‘pay attention’ sangat ker sume cerita2 korang? Lau suruh amy bentangkan balik ‘minit mesyuarat’ kita semalam, amy Cuma ingat tentative program je, huhu. Amy Cuma nak tatap muka korang puas2 je. Muka ayong…muka am…muka ayong…muka am…ok, muka am segan sikit sebab dia lelaki.

Ayong -   Terima kasih sudi jadi kawan amy selama ini. Kita kenal berbelas tahun tapi baru 2 tahun kita jumpa dan rapat sampai jadi macam hari ini (parah bila dah jumpa tau, memang tak hengat orang keliling sampai am pun merajuk jadi ‘Amirah’) Ingat lagi tak hot chat kita masa mula2 nak rapat dulu? Haha pasal diet larr!! So orang perempuan diluar sana, berkongsi tips diet dan kecantikkan memang boleh merapatkan silaturahim. Hehe .Terima kasih atas segala nasihat, pandangan dan perhatian, kuar duit belanja mamak tiap2 pagi lepas jogging, amik berat tak tentu pasal, rahsia luar dan dalam negara, angan2 masa hadapan bersama suami dan anak (opps..private&confidential), masalah kerjaya, dunia&akhirat dan apa2 lagi lah hal remeh temeh pun nak citer kat ayong jugak, terima kasih  atas semua itu. Amy pun akan lakukan yang sama juga. Insyaallah!!

Am -  Malas nak bagi tulis panjang2 nanti am gelak je. Ok gurau;) Tak terfikir langsung akan jadi seperti hari ini. Faham2 je lah kita ni kenal macam mana. Banyak jalur lebar nya kalau nak dihuraikan. Tapi itulah takdir. Syukur sangat dapat ‘abang’ sejujur dan sebaik am. Walaupun suka menyakat dan mengajuk orang:P

Selesai sudah ucapan saya pada pagi yang gelap ini. Semoga hubungan tiga segi ini sentiasa berada di dalam lindungan Allah SWT.  Keep in touch ya!

2 comments:

ijad said...

selamat ber puasa.

kimmy said...

selamat berpuasa jugak En Ijad:)