Diary Of Me
Thursday, 7 February 2019
A Day In Their Shoes
Assalammu Alaykum...
Pada 18 februari 2017 yang lalu, sekolah zafran Tadika Ceria az Zahrah ada buat bengkel keibubapaan. Bengkel ini dibuat pada hari sabtu dan kedatangan ibu bapa adalah wajib! ehh tak la...yang mana ada urusan lain tidak mengapa.
Untuk ibu bapa yang pertama bagi aku, aktiviti sebegini memang mengujakan...actually aku seorang je yang berperasaan macam tu. My Imam lek lek je. Ikutkan tak boleh bawa anak tapi ada kelonggaran bagi yang ada masalah babysitter. Maka kami sepakat bawa zafran. Buat kat sekolah dia je pun.
Sampai sana ibu bapa di arah berkumpul di tapak perhimpunan. Memulakan perhimpunan dengan lagu negaraku, negeri selangor dan lagu sekolah. Kemudian lagu kanak-kanak. Ehh...ini dah macam aktiviti harian zafran dan rakan-rakan nya... hahaha... aku pun enjoy je...sekurang-kurangnya aku lagu-lagu yang anak aku nyanyi tiap hari di sekolah. Nyanyi siap gaya tau...semua cikgu-cikgu sekoah dia turun padang nyanyi dan menari sekali hokkeyy. Best aku enjoy sangat.
Selesai menyanyi...kami ibu bapa di bahagikan kepada beberapa kumpulan. Aku kan bab2 aktiviti berkumpulan ni nerveos sikit. dari sekolah lagi melainkan ada orang yang aku rapat dalam kumpulan tu. Tapi ni My Imam pun kumpulan lain. ok aku dah berpeluh saat ini.
Pastu setiap kumpualn ni akan bergerak ke 8 stesen. bayangan keretapi menjengah kejap. Apabila bunyi loceng makan kumpulan ini tadi akan bergerak ke stesen berikutnya pula. Disebabkan kumpulan aku bernombor 5, maka bergerak ke stesen no.5.
Stesen no 5 bersama teacher yat. (sains & matematik)
kumpulan aku 4 orang je. aktiviti dia buat kolaj. Ambil daun kering atau fresh koyak koyakkan dan tampal kembali di satu kertas A4 membentuk daun semula. Cikgu yat terangkan struktur daun2 dan motif disebalik aktiviti ini.
Stesen no 6 bersama teacher Edzati.
Teacher Edzati ni pengetua tadika zafran. kat sini kami diberi gambarajaj rangka pokok dan kami sebagai ibu bapa dikehendaki menulis kemahuan apa yg kami nak anak kami dapat di sekolah pada sehelai kertas berupa daun. Paham tak ayat aku tu? kih kih kih
Stesen no 7 bersama teacher sorry lupa.
tapi teacher ni la tadi yang jadi teraju kita orang masa assembly tadi. Dalam stesen ni kami diberi tong biskut dan botol air mineral. kami kena wujudkan bunyi bunyian dengan alat kitar semula tu tadi beserta lagu rasa sayang heyyy!!!
Stesen no 8 bersama teacher Zana
Ini stesen membaca. Teacher zana menunjukkan kami sebuah buku bergambar yang besar. Dia tunjukkan cara bagaimana membacakan buku kepada kanak-kanak. Memang menarik. Buku tu ada gambar yang berwarna warni dan hanya ada skrip yang sedikit. Maka, kita ibu bapa perlu menyampaikan cerita dengan kreatif kepada anak-anak. Memang cara dia memberangsangkan, Sebelum ni kalau aku baca buku cerita betul-betul berpandukan teks yang sedia ada dengan intonasi yang macam tengah ada pertandingan bercerita...gittewww, tapi aku silap. bukan itu kaedahnya. Boleh google Dr. Putri Maria Afzan untuk visual. Sebab aku nak fokus dalam aktiviti hari ni maka aku tak rakam apa2 aktiviti pon dalam phone aku. Sampai 1 masa Ibu zahrah masuk tengok2 keadaan kami dalam kelas. Ibu Zahrah ni orang yang bukak tadika ni. Dia juga naib presiden tadika-tadika islam di Malaysia. Memang hebat orang nya. Dia menurunkan ilmunya dalam membimbing anak-anak kecil cintakan buku.
p/s:
Maaf cerita ini tergantung..aku baru log in blog ni sejak sekian lamanya bersarang.
Ini cerita yang aku draft 2 tahun lepas..huhu taip2 tak habis. Itu lahhh akuuu.
Perihal buku pink dan klinik kesihatan.
Masa Zafran dulu aku buat buku pink Kat Klinik Kesihatan. Ingat lagi masa mula2 bukak buku pink, dokumen yang perlu ada masa tu, sijil nikah dan mykad suami isteri. Yup aku check up full kat kilinik kesihatan tu sampai la bersalin. Banyak cerita aku dengar dari cakap2 orang mahupun internet yang klinik kesihatan ni banyak buang masa kita. Nak menunggu...nurse yang slow motion buat kerja serta mulut yang lupa amik insurans perlindungan. Klinik kesihatan aku juga tak terkecuali.
Sebab itu ramai yang berkemampuan memilih klinik swasta atau hospital swasta untuk buat monthly check-up. Alhamdulilah...Allah mudahkan aku. soal menungg turn yang lama jarang sgt aku lalui. Semuanya smooth. dari saat aku letakkan buku kat bakul kaunter samoai kat farmasi smooth. Smooth la bagi aku yang penyabar orang nya ( ye tapi sabar aku ada had juga). Ada sekali tu aku datang terlewat sikit, maka lambat la medical checkup aku selesai. So kuncinya ada lah disiplin kita juga. Kalau nak cepat, tak nak menunggu lama silalah hadirkan diri seawal 7.30 pagi. Tempat aku tu pukul 7.30 pun dah ramai yang menunggu turn. So menjawab sendiri la kalau baru tunjuk muka pukul 8 pagi.
Part yang paling aku suka kat sini ialah melihat result keluar dari makmal. Aku suka tengok bacaan HB dengan urin. Hb aku range dalam 10-11 macam tu. Jarang dapat 12. Sepupu aku sampai 13 (jeles aku tau) Kata nurse 11 pun dah cantik. jangan turun. 10 still ok tapi jangan selalu. 9 dan 8 kira kritikal. Untuk kekalkan HB yang cantik, kita kena makan ubat dengan betul. Folic acis, obimin dan ion tablet ambil bersama2 air yang mengandungi viamin c macam air oren atau ribena. Sebab air tersebut akan menyerap supplemen dengan cepat. jangan sesekali ambil dengan air minuman mengandungi kafein atau tenusu mcm kopi dan air susu atau pun milo. Sebab ubat tersebut kalah dengan minuman2 sebegitu. Gituwww.

Tuesday, 28 February 2017
Zafran 1st day school
Assalammu Alaykum....2017!!!
Yeayy my 1st ever post in new year. Kita mulakan dengan kisah anak aku....My little along is Abam Zafran. Abam tahun ni umurnya masuk 4 tahun. Tapi kalau kira dari bulan dia lahir baru menginjak 3 tahun 4 bulan. Sangat awalkah aku memasukkan dia ke dalam sekolah? bagi aku macam awal tapi recent ni macam common sangat anak start sekolah since umur 2-3 tahun lagi. Apa lagi abam yang 4 tahun ni. Atas beberapa sebab yang reasonable lah aku masukkan dia tadika sebenarnya.
Faktor paling utama aku nak dia belajar bergaul dengan kawan-kawan sekolah. Aku nak dia didedahkan dengan hidup berperaturan. Ala peratutan yang simple2 lah level dia kan. Lepas buka baju letak dalam bakul kotor, nak makan ambil pinggan sendiri...senang cerita menjurus kepada kemahiran kendiri. Haaa kau ayat!!
So bermula lah hari pertama aku hantar dia ke sekolah berteman kan mak mertua aku aka nenek dia.
Pakaikan baju biasa je sebab uniform tak beli lagi. 1st masuk skolah dia terus meluru nak main gelongsor. Aku perhatikan je dia dari tepi. Sekali sekala aku panggil nama dia ajak masuk dalam tadika. Tapi tak dilayannye. Sementara dia tengah leka tu aku masuk ke dalam kejap nak amik uniform baru dia. Berjaya jugak pujuk dia masuk dalam sebab nak tengok saiz. Tapi mengamok nak keluar balik sebab nak main gelongsor, haaaihhh!
Lepastu ada annoucement, teacher suruh kumpulan anak2 kat tapak assembly. Ada seorang conductor cilik kat depan bagi arahan. Doa dan nyanyi lagu negaraku kemudia lagu negeri selangor. Bila sampai nyanyi lagu sekolah,,macam akustik sebab kurang muzik latar. Tetiba air maa aku bergenang...hahah mana nak sorok muka ni. keliling aku sume mak bapak. Yang perasan sorang mak ni berdiri sebelah aku dah terpandang2. Giler touching lirik lagu dia. Memang sebak ahhh. Dah macam lagu nasyid ibu oh ibu yang aku pernah nyanyi masa sekolah rendah dulu.
'doa restu...ku ptuskan untuk mu ibu,...semoga diri ibu bahgia..dia akhirat yang kekal abadi..'
Haaa lebih kurang lah mood dia tu. Dah tak tahan sangat aku berdiri sebelah anak aku. Duk mencangkung nak sama level ngan dia. kang aku diri terus mak pak yang kat belakang tak dapat tengok anak2 diaorang. habis je lagu sekolah syahdu tu baru lah lagu2 ceria berkumandang. Semua budak menari tapi anak aku keras. Bila aku hayun kan tangan dia...tahan lak dia keraskan tangan,,,aihhh macam nak hayun kan lesung batu pun ada.
Ok...untuk minggu persekolahan yang pertama ini, Tadika dia hanya berjalan selama 2 jam sahaja. dari pukul 8 hingga 10. Sekejap sebab ia nak pelajar2 tcaz sesuai kan diri dengan masa dan persekitaran tadika tu. Almaklumlah...kanak2 lagi. cuti sekolah lama...so nak mulakan balik sessi persekolah tu, mungkin ada yang 'terkejut' tiba-tiba kena bangun pagi..yang buat hal meraung tak nak masuk kelas atau lain2 lagi. Apatah lagi untu pelajar yang baru pertama-tama kali bersekolah macam Zafran. Seperti yang di jangka, zafran menangis jugak bila aku acah2 tinggalkan dia.
Hari pertama jam pertama parents boleh duduk sama2 dengan anak dalam kelas. Alahh kelas dia more to bermain je. Nama pun playschool.Aku perhati je tengok dia bermain...zafran tak ramah pun, suam-suam je dia. Tapi tak jugak menyombong. lek2 je main dengan kawan2 yang ada dlam kelas tu. Bila masuk jam kedua, ibu bapa diarahkan keluar. Aku keluar dan zafran tak perasan sebb tengah leka bermain. Bila aku keluar dari kelas aku still tak balik. Masih menunggu dia kat luar kelas. Maka bermula la babak2 anak kecil menangis meronta2 di balik pagar besi. Aku perhati kan aje. Nak sedih ada...nak gelak pun ada...haaai anak..anak..
Aku yang dasar mak mak pulak...anak dah elok2 tak nangis...aku pergi tinjau dia kat tingkap2 kelas. Sampai kat dapur aku dok intai. Masa tu, zafran dah mula perasan kehadiran aku kat celah2 tingkap...tengah elok2 tu..terus dia menangis cari aku. dah nampak kelibat baru teringat ada mak, haha. meluru dia keluar dari kelas tapi ada teacher jaga kat pintu. Apa lagi maikn bertambah la pelakon air mata kat pintu tu. Lastly teacher yang jaga pintu tu terus buka pintu bagi ibu bapa masuk balik. Kesian tengok anak dok teriak sana sini....apa pun bagus juga untuk hari pertama macam ni. Kita tengok anak tu macam mana hadapi persekolah tanpa ibu bapa. Tu semua percubaan je.
Apa yang aku dapat aku simpulkan tentang zafran ni, kita boleh tinggalkan dia tapi bukan depan mata dia. Pergi masa dia tengah leka...dan jangan munculkan diri sehingga tamat sessi persekolahan. Kalau tak,,,drama air mata. Haha tudia teori ummi.

Thursday, 3 November 2016
Hai November
Assalammualaikum...
Aku sedang tertanya-tanya. Adakah ini post pertama aku di tahun 2016???
Haha lama benar tak update apa-apa. Tapi buka jugak la sekali sekala.
Urm....nak taip banyak hal sebenarnya. Tapi bila ada masa selalu terlupa atau leka kan scroll benda lain. Bila tengah sibuk2 tu la baru teringat nak update itu ini. Takpe la, lepas ni aku ingat nak aktifkan balik. Aku cuba lah...cuba untuk rajin2 kan diri. Hehe macam la ada org baca blog aku nih.
Start minggu depan lah ye.
Hahh..dah kenapa pic ni yang aku letak. hahaha ok bai.

Wednesday, 4 November 2015
My 3rd baby and my 1st Angels.
Assalamu Alaykum...
Beberapa bulan yang lalu sepi tanpa sebarang ayat di blog. Dalam beberapa bulan tu jugak hormon dalam badan bertukar bukan tanpa disedari. Dalam sedar itu juga memang tiada sebarang tiupan semangat nak hapdet belog. Yang tambah menyedihkan, kewajipan pada anak2 pun terabai. Tak zekzaited pun nak agah2 si kecik hana dan layan loya buruk si abang zafran. Terhad bagi susu mandi dgn salin pampers. Tu pun banyak skip bagi abi diaorang yang buat.
Aku di kabarkan bakal menambah ahli baru. dan usia hana baru je 3 bulan. Ko rasa aku nak happy ke tak? Haihh aku pun tak tau. bercelaru perasaan aku waktu tu. Yang pasti aku tak yakin boleh bawa 'dia' sampai 9 bulan sebab hana baru berusia 3 bulan dan aku bakal berpindah rumah. Kisah pindah rumah ni boleh berbuku2 kalau aku nak cerita.
Mula la aku terbayang dengan perut memboyot aku bawak berkotak2 barang pindah nanti. Nak susun atur barang dalam rumah tu lagi. Dengan hana yang dah mula merangkak, zafran yang tak sudah2 dengan ragam nak berdukung. tak terdaya aku. serius, aku bukan kuat pun nak harung semua suasana tu dengan berbadan 2. Tak sampai hati pulak kalau asek2 nak harapkan My Imam buat itu ini.
Dalam kecelaruan tu aku berdoa...aku akan jaga amanah yg Allah dah beri dalam perut ni tapi kalau rezeki ini hanya sekejap aku redha, aku pun tak tahu kenapa aku cakap macam tu. Mungkin lah yang aku memang belum bersedia.
Tung tang tung tang..3 bulan 1 minggu dah berlalu. hana pun dah 6 bulan, Sepanjang tempoh aku hamil semula, aku tak berita kan sesiapa melainkan kawan terdekat. Parents pun aku tak cakap sebab malu hamil dekat sangat. Hana memang senantiasa bagi hint makan kaki sendiri.
Satu hari tu aku selalu dan rajin pula google blog orang yang pernah keguguran, dan tetiba naluri aku kata macam baby dah takde. sebab perut aku tak timbul2. Esok nya baru la aku terhegeh2 nak buat buku merah, itu pun sebab ada spot darah keluar masa aku nak buang air. In case kalau terjadi apa2 kat kandungan aku ni, dah ada buku merah tuk rujukan hospital. Keji tak niat aku tu. ikutkan hati nak buat bulan november. Lambat sangat dah tu, Lihat la, betapa aku tak meraikan baby ni. Tapi bila aku dah settle buat buku merah keesokkan harinya, aku rasa lega sangat. Tengok wanita2 hamil usung perut sana sini dengan anak diaorang yang masih kecil terus buat aku bersemangat nak hamil.
Esok selepas aku buat buku merah, spot darah tu ada balik. Berbeza dengan kelmarin, kali ni perut aku rasa sakit sikit . sikit je la. Tak nak lengah kan waktu, aku terus pergi kelnik buat scan.
Sampai klinik, masa doktor nak scan perut tu aku rasa berdebar lain macam. Tetiba rasa mcam 50/50. Macam tak yakin baby tu ada, Bila doktor scan, yang ada hanya la kantung tapi baby tiada. saiz tak membesar. Kata doktor macam saiz 1 bulan. Rasa macam tak percaya aku. Aku terus pergi pakar. dan doktor kat pakar sahkan yang memang hanya ada kantung. bayi tidak membesar. terus doktor arahkan buat d&c untuk esok.
Balik rumah tu aku melepek je atas katil sampai magrib. Aku tak nangis dan tak juga suka. aku macam blur. Aku termenung je. Tidur pun tak. Hanya termenung.
Khamis pukul 9.00 pagi aku di tolak ke labor room. aku dipengsankan. sedar2 dah selesai. aku langsung tak nampak alat2 yang dah merentap kantung tu dari rahim aku. yang aku nampak semua staf yang ada kat labor room tu dah relaks. Aku tak rasa sakit langsung cuma rasa macam baru lepas beranak. Rasa macam dah selesai melepasi 1 penderitaan kat bawah tu.
Balik rumah pantang macam orang lepas bersalin bezanya takde baby. Tak tau lah nak gambarkan macam mana perasan aku lepas keguguran ni. Yang pastui aku rasa sedih dan menyesal sebab masa 'dia' ada dengan aku, aku selalu menafikan kehadiran dia bila orang keliling bertanya tentang 'dia'. Aku jadi tak suka nak jawab soalan diaorang sebab pertama aku tak bersedia dan aku tak yakin nak jadi mak buyung dalam masa terdekat ni.
Aku andaikan 'dia' merajuk dengan kata2 aku terhadap orang di luar ni. seolah2 tak meraikan kehadiran dia. Itu je la yang dapat aku simpulkan setakat ini dan 1 lagi, aku sangat kuat ambil minuman berkafein. Kafein mampu membantutkan tumbesaran baby di awal kehamilan.
Maafkan kekhilafan ummi. Allah lebih menyayangimu sayang.
Tuesday, 21 July 2015
Wednesday, 17 June 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)