Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Wednesday, 4 November 2015

My 3rd baby and my 1st Angels.

Assalamu Alaykum...

Beberapa bulan yang lalu sepi tanpa sebarang ayat di blog. Dalam beberapa bulan tu jugak hormon dalam badan bertukar bukan tanpa disedari. Dalam sedar itu juga memang tiada sebarang tiupan semangat nak hapdet belog. Yang tambah menyedihkan, kewajipan pada anak2 pun terabai. Tak zekzaited pun nak agah2 si kecik hana dan layan loya buruk si abang zafran. Terhad bagi susu mandi dgn salin pampers. Tu pun banyak skip bagi abi diaorang yang buat.

Aku di kabarkan bakal menambah ahli baru. dan usia hana baru je 3 bulan. Ko rasa aku nak happy ke tak? Haihh aku pun tak tau. bercelaru perasaan aku waktu tu. Yang pasti aku tak yakin boleh bawa 'dia' sampai 9 bulan sebab hana baru berusia 3 bulan dan aku bakal berpindah rumah. Kisah pindah rumah ni boleh berbuku2 kalau aku nak cerita. 

Mula la aku terbayang dengan perut memboyot aku bawak berkotak2 barang pindah nanti. Nak susun atur barang dalam rumah tu lagi. Dengan hana yang dah mula merangkak, zafran yang tak sudah2 dengan ragam nak berdukung. tak terdaya aku. serius, aku bukan kuat pun nak harung semua suasana tu dengan berbadan 2. Tak sampai hati pulak kalau asek2 nak harapkan My Imam buat itu ini. 

Dalam kecelaruan tu aku berdoa...aku akan jaga amanah yg Allah dah beri dalam perut ni tapi kalau rezeki ini hanya sekejap aku redha, aku pun tak tahu kenapa aku cakap macam tu. Mungkin lah yang aku memang belum bersedia.

Tung tang tung tang..3 bulan 1 minggu dah berlalu. hana pun dah 6 bulan, Sepanjang tempoh aku hamil semula, aku tak berita kan sesiapa melainkan kawan terdekat. Parents pun aku tak cakap sebab malu hamil dekat sangat. Hana memang senantiasa bagi hint makan kaki sendiri. 

Satu hari tu aku selalu dan rajin pula google blog orang yang pernah keguguran, dan tetiba naluri aku kata macam baby dah takde. sebab perut aku tak timbul2. Esok nya baru la aku terhegeh2 nak buat buku merah, itu pun sebab ada spot darah keluar masa aku nak buang air. In case kalau terjadi apa2 kat kandungan aku ni, dah ada buku merah tuk rujukan hospital. Keji tak niat aku tu. ikutkan hati nak buat bulan november. Lambat sangat dah tu, Lihat la, betapa aku tak meraikan baby ni. Tapi bila aku dah settle buat buku merah keesokkan harinya, aku rasa lega sangat. Tengok wanita2 hamil usung perut sana sini dengan anak diaorang yang masih kecil terus buat aku bersemangat nak hamil. 

Esok selepas aku buat buku merah, spot darah tu ada balik. Berbeza dengan kelmarin, kali ni perut aku rasa sakit sikit . sikit je la. Tak nak lengah kan waktu, aku terus pergi kelnik buat scan. 

Sampai klinik, masa doktor nak scan perut tu aku rasa berdebar lain macam. Tetiba rasa mcam 50/50. Macam tak yakin baby tu ada, Bila doktor scan, yang ada hanya la kantung tapi baby tiada. saiz tak membesar. Kata doktor macam saiz 1 bulan. Rasa macam tak percaya aku. Aku terus pergi pakar. dan doktor kat pakar sahkan yang memang hanya ada kantung. bayi tidak membesar. terus doktor arahkan buat d&c untuk esok.

Balik rumah tu aku melepek je atas katil sampai magrib. Aku tak nangis dan tak juga suka. aku macam blur. Aku termenung je. Tidur pun tak. Hanya termenung.

Khamis pukul 9.00 pagi aku di tolak ke labor room. aku dipengsankan. sedar2 dah selesai. aku langsung tak nampak alat2 yang dah merentap kantung tu dari rahim aku. yang aku nampak semua staf yang ada kat labor room tu dah relaks. Aku tak rasa sakit langsung cuma rasa macam baru lepas beranak. Rasa macam dah selesai melepasi 1 penderitaan kat bawah tu. 

Balik rumah pantang macam orang lepas bersalin bezanya takde baby. Tak tau lah nak gambarkan macam mana perasan aku lepas keguguran ni. Yang pastui aku rasa sedih dan menyesal sebab masa 'dia' ada dengan aku, aku selalu menafikan kehadiran dia bila orang keliling bertanya tentang 'dia'. Aku jadi tak suka nak jawab soalan diaorang sebab pertama aku tak bersedia dan aku tak yakin nak jadi mak buyung dalam masa terdekat ni. 

Aku andaikan 'dia' merajuk dengan kata2 aku terhadap orang di luar ni. seolah2 tak meraikan kehadiran dia. Itu je la yang dapat aku simpulkan setakat ini dan 1 lagi, aku sangat kuat ambil minuman berkafein. Kafein mampu membantutkan tumbesaran baby di awal kehamilan. 

Maafkan kekhilafan ummi. Allah lebih menyayangimu sayang.