Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Friday, 25 November 2011

Cikgu Matematik pulak dahhhh!!!

Assalammualaikum....

Saya bukan cekgu tapi pernah bergelar seorang cekgu. Namun sebelum pernah bergelar cekgu dahulu, sudah ramai manusia menegur gaya-gaya ku adalah persis seorang cekgu. Tang mana, saya tak tau. Owh, kawan-kawan jua berpendapat sebegitu. Baru-baru ini, budak kecik cumel yang tidak diketahui identiti sepenuhnya menegur. 'Ini Cekgu Nureela ye? (ejaan tak pasti, tapi dengar pronounciation nya macam itu lah. (omputeh lakss) 'Bukan...salah orang ni. (senyum sipu-sipu sambil dalam hati bunga-bunga pasal dah berapa bulan budak-budak cumel tak panggil saya macam dulu)  'abestu takkan cikgu Azizah kot?' tak puas hati tu.
hehe saya geleng je sambil senyum sipu-sipu. Huhu Cikgu Azizah...adoi lahh klasiknya nama.


Akan datang saya ditugaskan mengajar adik sepupu, Matematik Tingkatan 1,2 & 3 sebagai persediaan mengahadapi PMR tahun hadapan. Arahan datang dari hati sanubari. Sayu tatkala mendengar rintihan jiwa bondanya. 'Dia ni ntah apa yang lambat sangat nak paham math pun tak tahulah. Subjek lain ok je' rintih bondanya sambil tangan mengacau rendang sebagai persediaan menghadapi Raya Korban. Iya, itu sessi kauseling yang berlaku di dapur Wan sebulan yang lepas.

'Acik amanahkan dia kepada kau, didiklah dia bagi pandai. Kalau perlu latihan ala ketenteraan pun tak ngape'

hehe memandai  je aku ni tokok tambah. Ok lahhhh....esok juga orang pergi beli buku-buku dia. Haishhh, jadi cekgu sandaran lagi lah gamaknya. Ni ada orang ajak p program skor A. tak tahu lah nak join ke tak. Macam malas je. Saya bukan cekgu sejati pongg.

p/s:  Saya memang bercita-cita nak jadi seorang guru. Memang, sungguh, jelas, nyata dan terang. Izhar Haqiqi. Cutt...tamatlah sudah kelas tajwid bersama Ustaz Don. haishh sudah mamai. Zzz....tidoq!

Sunday, 20 November 2011

Episod 2 | 7 Tanda Si Dia makin jauh dengan kita

1. Kurang menggunakan teknologi yang ada untuk menghubungi kita.

Facebook, Twitter, SMS, Hot Tiket, Plan Family Celcom....alahh takkan korang tak pernah buat semua benda tu kan. Kalau dulu buka laptop pagi-pagi nak check notification bagai, penuh dengan nama dia , kini nak harap dia 'like' gambar kucing kita pun, harammmm!!!

2. Lambat reply

yang ini for sure dan memang tak dapat nak dinafikan. Kamu dah bukan lagi kepentingan dia. Kalau betul dia masih kejarkan kamu, dia takkan delay nak reply mesej kamu jugak kan? Melainkan, memang dari awal perhubungan kamu dah difahamkan oleh dia bahawa dia seorang yang hardworking. hello, kalau busy pun, sila reply begini 'saya bz, nanti free sy mesej balik'. Kitorang takkan kebudak-budakkan punye.

3. Sepatah ditanya, sepatah lah jawapannya. Memang patah seribu lah lepas tu.

Dah reply tu satu hal la. Siap melepasi solat Magrib dan Isya'. Dan bila dah excited nampak nama dia muncul kat screen HP, jawapan isi tempat kosong yang dibalasnya. Dulu you all just tanya, salam hai watpe tu? sekali dia reply adalah dalam 2 kali mesej dia masuk inbox. Itu belum lagi soalan rutin harian kamu yang belum tentu kamu sempat jawab balik semua soalan dia. Kini, besar manapun skrin HP kamu tu, si dia tak lagi maksimumkan penggunaanya sepenuhnya.

4. Memberikan bermacam alasan bila di ajak berjumpa.

Tolong lah. stail Uma, kalau ajak jumpa tu memang tunggu family buat kenduri je. Sekali macam ni jawapan dia 'Orang tak janji, kalau ikutkan memang kerja tak pernah habis. Lagipun minggu depan sepupu orang kawin...jadi faham-faham je la....' kalau korang kat tempat Uma, apa jawapan korang? Uma just jawab 'Faham, takpe la kalau macam tu. Assalammualaikum' Be nice ok! jaga tatatertib seorang perempuan. (geram tapi sabarrrr) then buat spot check, tanya kat orang lain yang sama bidang kerja dengan dia, betul ke banyak kerja walaupun dah start cuti sekolah??? (Uma dah text yanie tadi, yer sangat banyak kerja.. Uma menyesal ngade-ngade majuk tadi). Fine, Is bukan macam dulu lagi sejak bergelar pendidik.

5. Kurang respond apabila kamu membelikan sesuatu untuk dia.

Sudah tentu lah kecil hati bila pemberian kita tak dihargai. tak mau bincang. sedih bila teringat.


6. Sering mengelak atau lebih tepat kurang berminat apabila kita bertanyakan hala tuju hubungan kita.

Ok, ini Uma faham. Adik beradik ramai. Nak lepaskan adik-adik yang kecil dulu. Uma pernah desak suruh Is masuk meminang? tak pernah kan. malah Uma siap kata tunggu 3 tahun lagi baru fikir pasal kawen Padahal kawan-kawan Uma yang sebaya masa tu dah menghitung hari nak menuju hari bahagia. Tapi uma punyalah nak bagi Is jangan susah hati fikir pasal masa depan kita waktu terdekat ni, Uma sanggup ketepikan impian Uma nak kahwin muda. Errkk Uma sekarang pun muda lagi.


7. Sunyi sepi tanpa berita.

Pergi ambil bantal strawberry, tekup muka jangan kasi airmata melimpah.



................................................................................................

Cik Za: Ini apa Uma? 7 tanda si dia makin jauh dengan kita????

Uma : Uma tension lah hari ni. Is macam dah lain sangat Memang tak suka kat Uma dah.

Cik Za: Hehe kelakar lah 7 tanda ni. Mula-mula ayat macam nak jadi wartawan lep lep. Lama-lama Cik Zah baca dah macam luahan jiwa berdarah pulak. Dah ajak Is ke pergi kenduri cukur jambul tu?


Uma : dah tapi Is cakap dia sibuk. banyak kerja sekolah, sepupu kawen lagi. dia tak mau janji. tak pasti dapat datang ke tak.

Cik Za: Alaa...dulu masa Uma konvo pun dia tak janji kan nak datang. Tau-tau je dah sampai dengan bunga teddy bear.

Uma : Uma ingat. Turun je dari pentas, Uma dapat mesej Is. Tau-tau dia dah ada kat perkarangan dewan. Uma terkejut sangat. Kesian pun ada masa tu. Uma majuk sebab dia tak sure lagi dapat datang konvo Uma ke tak. lastly datang jugak. Bila jumpa dia kat luar dewan, nampak kudus je. Angin tiup, sure boleh tumbang. hehe.

Cik Za: hehe..itulah Uma. Is bukan seorang lelaki yang suka berjanji. Sebab Is tahu Uma cepat berkecil hati bila hasrat hati Uma tak dapat dipenuhi.Sebab tu Is tak beri Uma harapan. Dia tak nak Uma mengharap.

Uma : Walaupun Is tak pernah beri harapan pada Uma, tapi Uma takkan berhenti berharap supaya dia akan jadi sebahagian dari hidup Uma. Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui.

Saturday, 19 November 2011

Episod 1




Tahun 2009

Cik Uma: Saya baru nak fikir soal kawin dalam 3 tahun lagi.

En.Is: ok, kalau macam tu dalam masa 3 tahun lagi kalau kita masih belum punya pasangan, Insya-Allah kita pasti akan bersama.

Tahun 2010

Cik Uma: Lau Uma dengar lagu ni kan, aotomatik Uma teringat kat dia. Setahun dah berlalu. Ada 2 tahun lagi.

Cik Za: Insya-Allah ada jodoh tak kemana;)


Tahun 2011

Cik Uma: Uma ramai kawan, dalam berkawan tu Uma teliti perangai diaorang kalau-kalu diaorang sesuai nak jadi suami Uma nanti. Tapi hati Uma tetap berat kat En Is. Sebab tu bila ada yang beri kesudian nak berkawan secara serius dengan Uma, Uma tak dapat nak beri komitmen.

Cik Za: Uma jangan tunggu sangat Encik Is. Dia Jauh dari sini. Kita tak tahu keadaan dia kat sana macam mana. Lagi pun Cik Za dengar perempuan-perempuan kat sana memang suka dengan lelaki semenanjung. Perempuan sana lawa-lawa tau?

Cik Uma: haha, kalau ada yang iras Nurul Ain Nurul Shuhada abes lah Uma. Uma selalu doakan kesejahteraan dia. Doa dia adalah jodoh Uma. Tapi Uma pasrah dengan segala ketentuan Allah. Uma tak tolak ketentuan Allah kalau jodoh Uma dengan orang lain. (Yang pastinya disini sesiapa sahaja yang bergelar suami Uma nanti, Uma akan setia and lakukan yang terbaik untuk dia. Uma sengaja tak solek cantik-cantik sekarang sebab Uma nak tunjuk pada suami Uma nanti yang Uma lebih cantik dari sebelum ini. Biar dia tahu dia bertuah sangat memiliki Uma. Uma sengaja tak tunjuk kemahiran memasak Uma dekat orang lain, dekat makcik-makcik kat kampung, dengan jiran tetangga sebab Uma nak sediakan masakan yang paling sedap untuk suami Uma nanti. Uma...)

Cik Za: Uma mengelamun apa?

Cik Uma: Uma teringatkan Encik Is. Entah dia masih ingat lagi tak kat Uma? atau Uma saja yang bertepuk sebelah tangan. Ada lagi setahun. Tahun ni Uma belum pernah lagi jumpa dia.

Cik Za: Raya hari tu Encik Is tak balik ke?

Cik Uma: Balik tapi dia cuti sekejap je. Takda masa kot nak jumpa. Takpe lah. Family dia ramai. Uma faham. Lagipun Uma bukan siapa-siapa pun nak bising-bising minta jumpa.




P/s: Kisah ini dunia semata-mata. Serius rindu nak buat cerpen.

Friday, 11 November 2011

Wanita, Kamu cantik tapi Awas!

Assalammualaikum...

Alhamdulilah...hari penuh sejarah. satu dunia maklum hari ini 11 November 2011 atau 11.11.11.

Perrgghhhh memang cantik lah tarikh tu. banyak juga pasangan-pasangan yang mendirikan rumahtangga memilih tarikh ini sebagai hari pernikahan. tahniah diucapkan. kawan-kawan terdekat tiada yang bernikah pada hari ini. Tetapi seorang kenalan Fb yang juga sepupu kapada kawan baik saya, ada. Kak Shishi nama manjanya. Hehe...Lela, mesti kau terkejutkan aku mention nama Kak Shishi. Actually saya kenal dia bila Lela cerita kisah percintaan diaorang. Saya kagum pada pasangan ini yang lewat sedikit mendirikan rumahtangga berbanding rakan-rakan sebaya mereka yang lain. syukur akhirnya mereka dipertemukan jodoh. Maka, ku didik hati ini. Sabar dan sabar dalam mencari kebahagian. Sekalipun pernah dikhianati, usah berdendam. Usah mengata yang buruk-buruk tentang dia, itu semua ujian dari Allah. Mungkin itu sahaja ujian yang mampu ku tanggung. Bersyukurlah kerana Allah tak uji lebih dari itu. Yang penting jaga tingkah laku. Jaga nama baik agama dan keluarga.

Sebenarnya hari ini nak berbicara tentang...



Saya dapat ni dari FB sepupu saya. memang warak orangnya. Saya nak mengaku dia sepupu pun malu pasal saya sendiri sangat tak berapa bagus sangat dalam agama.(setakat Fardu ain tu sume orang tahukan, tapi nak didik hati nurani memang lah cabaran) (yang warak pun belum tentu ganjarannya syurga, boleh jadi takbur atau riak)

Kekuatan apakah yang saya perlukan untuk remove gambar-gambar yang boleh menjurus kepada zina mata?
Sedangkan kita suka pujian orang ramai terhadap 'kelebihan' yang ada pada kita? (walaupun melaui sekeping gambar)

Namun pernah terfikirkah kita kelebihan yang ada pada kita itu boleh jadi membinasakan diri kita diakhirat sana? Allahuakbar!! sayunya hati ini. Apalah nasib saya di sana kelak. 

Saya nak hidangkan satu cerita yang saya dengar masa saya kecil-kecil dulu namun sampai sekarang saya ingat.

        Dalam kitab Jawahirul Bukhari menerangkan bahawa Hasan Basri sewaktu mudanya adalah seorang yang sangat tampan.Hasan Basri sangat suka memakai pakaian yang cantik-cantik dan kegemarannya ialah suka berjalan-jalan di sekitar Kota Basrah.
Pada suatu hari ketika Hasan Basri sedang berjalan-jalan maka dia terpandang seorang wanita yang sangat cantik dan telah menarik perhatiannya, lalu Hasan Basri mengikut belakang gadis tersebut.

Apabila wanita itu merasa ada orang mengekorinya maka dia pun menoleh ke belakang dan dia terpandang ada orang mengekorinya, lalu wanita itu berkata “Wahai orang muda!Apakah kamu tidak malu?”
Lalu wanita itu berkata “Malulah kepada Allah S.W.T yang Maha Mengetahui mata yang khianat dan apa-apa yang yang terdapat dalam hati.”
Hasan Basri tertarik kepada wanita tersebut dan terpendamlah rasa cinta dalam hatinya.Hasan Basri tidak dapat mengawal nafsunya, lalu dia tetap mengekori wanita tersebut dari belakang.
Apabila wanita tersebut melihat orang it uterus mengikutinya maka berkatalah wanita itu “Mengapa kamu terus mengikuti aku?”


Maka berkata Hasan Basri “Sebenarnya aku terpesona dengan matamu yang cantik itu”
Sebaik sahaja wanita itu mendengar kata-kata orang itu maka dia pun berkata “Baiklah oleh kerana kamu cintakan mataku ini, maka aku harap kamu tunggulah di sini, sebentar lagi aku akan berikan kepada kamu apa yang kamu kehendaki”
Setelah berkata demikian maka wanita itu pun pergi, dalam hati Hasan Basri berkata “Nampaknya dia telah menerima cintaku”Maka duduklah Hasan Basri di tempat tersebut menanti kedatangan wanita itu.
Tidak berapa lama kemudian datanglah seorang pembantu (amah) menghampiri Hasan Basri sambil memberikan sebuah kotak yang tertutup. Lalu Hasan Basri membuka kotak tersebut dan dia terperanjat apabila dia mendapati dalam kotak tersebut terdapat sepasang biji mara.Kemudian berkata pembantu rumah itu “Tuan puteriku berkata dia tidak memerlukan mata yang menyebabkan terpesona seseorang itu”

Apabila Hasan Basri mendengar kata-kata pembantu tersebut maka gementarlah seluruh tubuhnya serta berdiri bulu romanya, dia pun memegang janggutnya lalu berkata kepada dirinya sendiri “Celaka betul kamu ini, dahlah berjanggut masih tidak ada rasa malu, sebagaimana malu wanita itu”
Setelah Hasan Basri menyedari kesalahanya dia pun pulang ke rumah dan menangis semalaman.
Pada keesokan harinya Hasan Basri terus pergi ke rumah wanita itu untuk meminta maaf dan supaya dia menghalalkan kesalahan yang telah dia lakukan.Apabila dia menghampiri rumah wanita tersebut, maka diapun bertanya kepada mereka yang berada di situ dan Hasan Basri dibertitahu bahawa wanita itu telah meninggal dunia.
Hasan Basri tidak dapat menahan kesedihannya lalu dia kembali ke rumah dan menangis selama tiga hari, pada malam yang ketiga Hasan Basri bermimpi bertemu dengan wanita tersebut , wanita tersebut telah ditempatkan di dalam syurga.Lalu Hasan Basri berkata “Kamu halalkanlah segala kesalahanku terhadapmu”
Kemudian wanita itu berkata “Sesungguhnya aku telah menghalalkan segala-galanya dan aku telah mendapat kebaikan yang banyak dari Allah S.W.T sebab kamu”
Setelah Hasan Basri mendengar perempuan tersebut maka dia pun berkata “Berikanlah kepadaku sesuatu nasihat yang baik”
                  

Berkata wanita itu “Dengarlah nasihatku ini.Apabila kamu bersendirian hendaklah kamu berzikir kepada Allah S.W.T setiap pagi dan petang, beristigfarlah , mohonlah ampun kepada Allah S.W.T dan bertaubatlah kepadanya”
Akhirnya Hasan Basri melaksanakan segala yang di nasihatkan kepadanya sehinggai dia menjadi seorang yang masyhur di kalangan masyarakat dengan zuhudnya dan taat kepada Allah S.W.T dan dia memperolehi darjat yang tinggi lagi mulia di sisi Allah S.W.T serta menjadi wali kekasih Allah.

Seorang wanita telah mencungkil matanya disebabkan menjadi bahan fitnah, tetapi hari ini wanita berlumba-lumba untuk menunjukkan aurat mereka dengan mendedahkan apa yang di larang oleh Allah S.W.T.
Wahai saudaraku tutuplah aurat sebab bakal yang akan melihat aurat itu terdiri dari mereka yang hendak merosakkan dan bukan yang hendak memelihara.Dan apabila seseorang itu cinta kepada bentuknya yang ghairah maka sesungguhnya dia itu berserta dengan syaitan.
Tidak rugi seorang wanita itu menutup auratnya, melainkan dia mendapat pahala di sisi Allah, InsyaAllah dia akan selamat dari segala macam fitnah..smamalh juga kepada lelaki jangan lah memandang lebih dari batas 2 yang ditetapkan oleh islam...


Saya maklum kisah ini sewaktu saya kecil dahulu. Namun entri di atas saya buat kopi dan pasta dari blog syafiquex. Dia pun dapat dari hamba Allah ini. Untung lah kalau saya dapat taip sebiji sebiji macam kat atas ni. Tak kisah lah. Janji ada pengajaran yang kita nak kongsikan ramai-ramai.

Saya tak sehebat seperti Perempuan itu. sebab itu saya malu sangat pada Allah. Allah, ya Allah. Ku seru nama mu saat aku susah saat aku senang. Bila aku mahu meminta sesuatu darimu, aku rasa hina sangat. Siapa lah aku disisi mu jika dibandingkan dengan Asiah, Maryam, Khadijah dan  Fhatimah Az-zahra. Namun ku takkan jemu memohon petunjuk dan hidayahmu agar aku terus berada di jalanmu. Amin.

Sunday, 6 November 2011

Berkorban apa saja

Salam..

Alhamdulilah tahun ini tahun kedua saya masuk korban. Tahun ini juga saya nekad nak tengok lembu yang bakal saya tunggang kat Syurga nanti. InsyaAllah.

Port Garden hanya menghadkan sebanyak 10 ekor lembu untuk dibawa korban pada tahun ini. Awalnya saya memang dah tak berkempatan sertai korban tahun ini. sehingga penyertaan ditutup masih ramai lagi yang berharap dapat masuk. namun dalam mesyuarat yang berlangsung di surau Al-Abrar, bila Tuan Hj. Mokhtar kata nak masukkan anaknya sertai acara korban, maka penyertaan dibuka kembali dengan menambah lembu yang ke-11. maka lembu saya adalah yang ke-11 dan yang terakhir. Alhamdulilah...rezeki.

     mula-mula saya tengok di celah celah pagar. ramai orang kerumun nak tengok acara korban nih.

masa ni lembu sedang disembelih. Mereka tutp dengan daun pisang tak bagi orang ramai tengok 'kejadian' tu. bukan apa. Saya sendiri tengok sayu hati. huhu. Namun lembu ni bertuah. Lembu yang 'terpilih'.

Beginilah keadaan nya apabila dah disembelih. Alhamdulilah, dengan izin Allah dapat tengok. Beselah orang pemalu nak kuar umah sebenarnya. Banyak sangat kaum Adam kat situ. Nasib lah bawa adik sedara tengok sekali.

okkehh...Tuan Haji relaks dulu sambil kira kupon peserta (walhal katanya tak sampai hati nak tengok lembu-lembu tu kena sembelih) jiwa penyayang tau bekas polis, jangan tak tahu, hehe.


Lasty acara makan secara berjemaah di Suaru Al-Abrar.  Mama khusyuk makan tu sampai tak perasan saya snap babak ni. sakinah, si budak nakal jadi peneman.




P/s: Gambar-gambar haruslah tak sesempurna kejadian hari ini. Sebab kamera pun tak berapa nak ngan dengan tuannya. Pepun apa yang penting pada hari ini, kita menjalani Ibadah korban dengan seikhlas hati. Jauh mana Ikhlas, hanya Allah SWT yang tahu.