Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Monday, 29 November 2010

7 hari paling kecewa.

Hari Pertama

Terkejut...rasa dunia seperti tak memihak kepada kita. Langit yang sentiasa cerah sebelum ini tiba-tiba jadi macam dalam cerita 'the day after tomorrow'.  horrow kejap.

Hari kedua

Masih terkejut dan mula bertanya kepada alam semesta....apa benar perkara ini berlaku kepada aku? atau hanya ilusi? (senang cerita, masih tak dapat terima kenyataan dan hanya berharap ia sebuah mimpi buruk)

Hari ketiga

Bertambah murung. lagu-lagu putus cinta yang keluar di corong2 radio terasa seakan-akan memerli aku....(start dah nyani lagu yuna). Mula termenung sana-termenung sini. ada je waktu senggang, fikiran melayang2 memikirkan...ya, kenapa ini terjadi kepada aku??

Hari keempat

Makin parah. dah start jadi pelakun tambahan cerekarama bagi watak-watak sedih. Segala hal yang bersangkut paut dengan dia, buat kita teringat, buat kita menangis. alahai...penatnya saat tersedu sedan.

Hari kelima

Masih wiper air mata dengan segala bantal peluk yang ada. Emo datang time malam2 sebelum tidur. waktu ini lah kita paling sunyi. Sebab semua orang dah ada di langit ketujuh. Yang kamu?? tidur lambat sebab melayari internet. Pergi google kisah-kisah manusia yang sedang senasib dengan kamu sambil mendengar lagu-lagu putus cinta. Pastu capai diari, mula lah merapu meraban tulis macam2 luahan hati kat dalam tu. Eh cubalah cara ini. Bagus untuk kesihatan hati.

Hari keenam

Cari ketenangan diluar. Actually sejak hari pertama keluar cari besties, luah yang macam-macam. Luah sampai nak muntah. kasihan pada besties..tapi tak peduli jugak. Nak luah habis-habisan!!

Hari ketujuh.

Besties takde nak temankan diri. Sangat sunyi. Memerap dalam bilik. Menangis tak henti-henti sampai sarung bantal ngn cadar dah boleh perah. Menangis sampai tertidur. Selepas beberapa jam, bangun dengan langkah longlai. Dk luar rumah pandang cahaya matahari sambil berkata, Enoughhhh!!!

Cukup lah jadi sayur busuk selama 7 hari. Sudah puas berduka lara. segala sarung bantal dan anak patung, kain baju, kipas siling. karpet...haha sume ku basuh. Sume nak tukar baru. Nak tarik nafas baru, barang-barang dalam bilik mesti bersih sampai tak jumpa habuk kan??


Spot check!!! produk dah macam-macam. Tapi empunya diri masih macam tu gak. Ingat kan lepas setahun menggunakan ini semua, boleh cun macam Maya Karin. Eh kenapa maya hah? sebab dia paling cantik lahh.
Decision is....go to dusbin. Selamat tinggal sayang!!


                            Saya basuh kamu semua sebab saya nak peluk cium kamu. Sorry u all!!