Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Monday 21 July 2014

Diary Ramadhan Zafran


Assalammu Alaykum...

Sabtu hari tu bawa baby zafran ni pergi PKNS. 3 beranak cari baju raya. Gigih aku dengan My Imam tawaf setiap booth yang ada kat PKNS, SACC mall dgn Plaza Alam Sentral. Bawa Zafran lagi memang menambahkan kehausan tekak aku pada hari sabtu tersebut. So  tengok la aksi dia bila aku sarungkan baju melayu dengan songkok. Nampak anak bujang sangat Zafran ni bila pakai macam tu. Sebak lak tetiba..haiihh.

















Suka je dia...baju ni aku beli kat PKNS. tak ingat booth mana. Marathon wooo cari baju melayu ni. Mana nak dapat yang jahitan kemas, kaler ala2 pastel...penat sangat dah aku masa tu. Dengan sakit belakang lagi. Pengajaran!! kalau nampak yang berkenan terus je beli. tak yah nak survey2 rege sangat. semua lebih kurang je. Bila harga lebih, kualiti lebih. harga murah kualiti pun murah. Rege baju ni RM39. Lepas tawar RM35. Ada je baju melayu baby. Tema tahun ni nampak gaya warna coklat sebab tak jumpa baju melayu baby warna dusty blue. haha. 

Songkok tu saiz 18. Ikut kan saiz dia 17 tapi My Imam kata takpe la beli besar sikit. Tahun depan leh pakai lagi. Nak jimat punya pasal, baju raya zafran dengan songkok semua gedobos2 je..haha. Oh ye..songkok tu beli kat depan pintu masuk SACC mall. RM20 je.


Kisah hari Ahad nya pulak...aku, My Imam , mama dan babah semua menyibukkan diri mengemas rumah. Kata orang ni kemas yang teliti. Segala bapak sawang, habuk 5 inci atas lemari dengan lansir segala di basuh. Tiba-tiba...dushh terdengan bunyi berderai dalam bilik..

  Pecah tabung dah...abes syiling2 kat situ. Aku takde la marah...cuma rasa diri agak cuai sebab dah tahu zafran memang suka 'memancing' sekarang ni sepatutnya akau dah alihkan tabung dia tu. Nasib la tabung plastik. 

Lepas dah kutip semua syiling tu kitaorang kembali kepada tugas masing-masing...tak lama lepas tu mama menjerit dari dapur. Mama suruh aku datang tengok apa yang dia tengah tengok. nak tahu apa?? ni haaa


patut la diam je....tak kacau kitaorang buat kerja. rupanya membawa diri, haha. nasib baik tau tak jatuh tergoleh dalam bili air dengan walker dia tu. Haaihh urut dada jap. Ape sal sampai kesitu zafran ummi ni haha.

tu la kalau dah masing2 sibuk buat kerja, boleh jadi lupa kat anak. Ini satu pengajaran. walaupun anak aku dijumpai dalam keadaan 'selamat' tapi kena selalu beringat dan berwaspada. Haha...dah masing2 leka mengemas rumah. Nasib baik wan dia cepat tersedar. phewww!!


Gambar paling baru...gigi nan sebatang. Time tido boleh snap. Kalau tak dia malu sorok gigi cumel dia tu. Tapi senget. Ikut gigi ummi ni senget benget.

Sunday 20 July 2014

Airmata Gaza

Assalamualaikum...

Rasanya tak perlu diperjelaskan lagi apa hal yang terjadi dulu dan terkini yang sedang berlaku atas bumi Palestin ini. Seluruh media sedang memutarka berita mengenai Gaza. Hanya Doa yang dapat kita titipkan agar mereka 'kuat' menghadapi rejim yahudi laknatullah.

Selain doa saya rasa terpanggil untuk kongsi sesuatu disini. Saat menderma tidak la terfikir oleh akal akan pahala yang bakal kita terima tetapi sangat mahu 'beban' mereka dikurangi dengan pemberian yang tidak seberapa.



Bukan hanya muslim, yang punya perikemanusiaan pasti akan membantu dengan cara ini. Mudah-mudahan.

Monday 7 July 2014

Day 3: Kundasang kami datangg!!

Hehe tajuk tak boleh blah...btw haai kak ngahhh...i know u read this.

Hari ketiga Kita orang gerak ke Kundasang. Dalam pukul 9 pagi keluar homestay. Pagi ni naik kereta Hyundai Matrix, macam kereta babah saya. Ok la sebab nak naik bukit. Sewa dari kakak Zahirul RM120 sehari.
Kundasanggggg kami datanggg!!

Macam ni lah naik bukit. Takde la seriau macam nak naik genting. oiit ada taik burung bah tuu!!

Add caption
Alhamdulilah dah sampai pekan. Tengok tu zafran baikk je. Mana tak nye..manjang tido dalam kereta tadi.
My Imam ajak makan kat Restaurant Hidayah.


Sebelah kedai Hidayah kedai Intan's. Mula-mula nak makan kt Intan tapi My Imam kata dia biasa lagi makan kat Hidayah. Fine...ikut je.





Ni view dari Restaurant Hidayah



Ni hidangan paling popular kat sini. Ayam Bakar. Serius sedaapp. Rasa dia mcam ayam percik tapi ni berganda2 sedap nye.



Tengok la berapa luas mulut aku makan ayam bakar, haha




tu muka dia tengah dok perati kanak2 riang kat meja sebelah. Sampai la budak2 tu dtg menegur dia. Nak bermain la tu tapi ye lahh awak tu baru saiz smurf mana nak ngam. hehe.


   My Imam order bakso. Aku nasi goreng kampung. Ayam bakar tu siap order tapau lagi bawa naik Kiram Village. ye, kita orang bakal bermalam kat Kiram Village malam ni. Check in pukul 2 ptg. Sekarang baru pukul 1. So My Imam decide kita jalan2 dulu area sini.


Tadaaa....kitaorang pergi spa kaki. Gemuk aku kan...huhu. 
Bayaran masuk RM5 tak silap...nak tengok acaner kaki kena gigit2 manja dgn ikan-ikan yang macho kat dalam tu meh tgk bawah ni..


   
Berani kan My Imam..aku idok lerr..
       
               

' Abi...zafran pun nak juga camne rasa kene gigit ikan?' Rayu zafran kepada ayahnya,hehe.
'Boleh..sebelum tu posing dulu..' balas ayahnya, huhu
'meh abi rasa dulu air dia suam2 kuku tak..kang abi celup jerit pulak.'

Tuu diaaa...caya lah berani anak umi nih!

hehe umi pun takot.
 

suasana di spa ikan


Ok dah..berapa minit je dia kasi kita turun main dengan ikan2 tu. So kitaorang pun tak nak lama sangat kat sini sebab dah nak pukul 4 ptg. kata My Imam kalau datang pukul 4 ptg boleh tengok lembu2 kat ladang tu diberi makan. Ok destinasi seterusnya Mesilaouu Farmm!!

Tuesday 1 July 2014

Kereta Rosak dan Tanjung Aru

Lepas makan tu kitaorang round2 lagi sekitar KK. My Imam nawa masuk kelab golf. Lepas tu pergi pula ke UMS. Aku la saja nak tengok tempat sepupu aku belajar dulu. Cantik katanya. Dah masuk jalan-jaan sekitar UMS tu My Imam tumpang solat kat situ. Aku jaga zafran duk je dalam kereta.


Pintu masuk UMS
Ni masjidnya
Selesai jalan-jalan kat UMS, masa kitaorang nak kua dari UMS, kereta pulak rosak. My Imam berhentikan kereta kat tepi, betul2 depan pintu gerbang. Anak pulak tengah tidur. So My imam kuar kereta cek apa yang patut. Katanya air kurang. Nasib ada tong air kat belakang. Dah isi pun still kering gak. last2 call tuan punya kereta.Maklum la kereta ni pinjam. Nak sewa tapi tuannya bagi pinjam terus kereta mak dia.

Pulun tu isi air tapi tak penuh2.

Lena tido dengan angin sepoi2 bahasa, haha

Zafran, aku bawa keluar dari kereta letak kat stroller. Kat luar ni berangin. Elok lettuu, haha.
Dalam setengah jam, Zahirul pun datang naik 4 wheel. Dia check2 lepas tu hidupkan enjin. So kitaorang bertukar kereta buat sementara. Merasa la aku naik 4 wheel walau pinjam sekejap haha. Zahirul pun survive bawa balik kereta mak dia. Malam kang dia datang bagi kereta yang lain.

Sampai dah



So bergerak kami meneruskan aktiviti jalan jalan sampai ke malam. Disebabkan aku tak solat lagi, My Imam cadangkan kiataorang berhenti kat masjid terapung. haa ingatkan kat Terengganu je ada. Sabah pun ada bahh.

Masjid terapung

 

Lepas solat kat situ, kitaorang bergerak ke Tanjung Aru. Rugi la pulak datang jauh2 tak tengok laut. Lagi pun My Imam nak jumpa ex-schoolmate dia kat sana, Cikgu Halley.

tadaa...ni la cekgu halley. Suke ye zafran ada sumandak dukung, mih mih.

Ngee hee sempat memotret kat sini. tq cekgu!

Macam la bertahun tak jumpa...punya cerita kannn, hehe.

Nampak tak pelangi!!

Ni hasil selfie aku dgn monopod...boleh arr.





Raamaii jugakkk


Best sangat dapat jumpa cekgu ni...thanks bagi zafran hadiah hari tu.
Lepas magrib, kita orang makan malam kat restaurant tepi. Zafran punya meragam lahhh haii penat melayan. maklum la keluar dari pagi tadi sampai sekarang tak balik homestay. Tup2 dia berak pulakkk..aduhai. Nasib la suami yang settlekan kat tandas awam situ.