Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Thursday 29 May 2014

Alahan waktu hamil

Assalammualaikum...(entry ni aku taip masa pregnant dulu..anak dah 8 bulan baru perasan terperam dlm draft. So bila tgk balik ayat penuh formal...rasa syahdu.)

Alhamdulilah...hari ini genap 20 minggu saya hamil. 5 bulan :)

Sejak saya hamil, saya tidak mengalami morning sickness yang teruk. Tapi saya mempunyai tabiat makan yang sangat cerewet serta angin yang banyak.

Saya memang seorang pemakan. Saya tak da alahan atau sekatan makanan. Tiada masalah. Tetapi sejak saya hamil, saya jadi sangat cerewet. makanan yang pedas, bercili, warna merah, bergoreng, berminyak dan bersup saya tak boleh jamah. Jika tidak, saya akan muntahkan balik semua dalam masa sejam.

Selain itu badan saya berangin dan sendawa yang tak putus-putus. Maka saya terpaksa berpantang makan, makanan yang berangin.

kalau waktu saya bkerja, time lunch saya hanya lalu makan kuetioew ladna seafood. Sampaikan akak kedai tu dah hafal selera saya, hehe. Minum pula dutch lady perisa strawberry.

kalau yang berkuah tu cuma yang likat2 boleh. Macam masak kuning (masak lomak noghori), ikan masak 3 rasa dan kuah ladna. Amboiii senarai tuuuu walhal ni je yang pernah makan sejak hamil. Tak try lagi lain2.

Tapi minggu ni selera makin kurang. Kuetiow ladna dah tak jalan. Terpaksa la lunch makan roti2 je.
Nasib baik masak kuning masih boleh terima. Ingatkan dah masuk 5 bulan ni beransur baik tapi ntah kenapa minggu ni teruk balik. da start balik muntah.

Namun, saya tetap bersyukur pada Allah sebab saya alami alahan sebegini tak seteruk ibu-ibu hamil yang lain. Ada bermacam cerita saya dengar. makan sikit muntah sampai kena masuk air. Saya pun muntah juga tapi terhad pada makanan-makanan yang saya sebutkan tadi.

lagi satu, saya tak boleh biarkan perut tak berisi lebih dari 2 jam. kalau tidak angin akan dtg menyerang dan masa tu kalau masuk apa-apa makanan pun akan keluar balik. Makanya, saya perlu mengunyah apa-apa yang boleh setiap sejam. janji tak kosong.


Wednesday 28 May 2014

Epal versi quran or Apple learning Quran

Assalamualaikum...

Last 2 days aku excited giler  dapat benda comel ni daripada on9 shop yang aku beli.  Dah lama aku ushar quran epal ni since zafran dalam pantang lagi. Sebagai ummi yang mahukan anak nya membesar dengan didikan agama yang baik, harus la aku dedahkan kepentingan quran dan biasakan telinga dia dengan ayat2 quran sejak dia kecil lagi, maka tidak la aku mengajar dia dengan quran yang kita dok baca selalu tu. Dia  masih kecil. tak faham apa2 lagi. Maka nak menarik perhatian dia pasti la dengan bunyi2 an, lagu dan cahaya. So ini la jawapannya.

ni lah epal quran learning yang aku maksudkan.


Ada projector di situ. So dia boleh bermain dgn lampu.


Dalam quran epal ini mengandungi

-26 Doa harian
-16 surah dari Al-Quran
-Nasyid kanak-kanak
-Azan
-Projector (4 fungsi cahaya)

Quran epal ni konsep dia macam fun learning. so sangat sesuai la nak train kanak-kanak mesra dengan al-quran.Dan yang paling aku suka dia kecil dan senang nak dibawa kemana-mana. Salah satu sebab aku rasa aku perlu benda ni supaya dia tak bosan teman ibu dan abi di luar. haha.

Kaannnnnnnnnnn.....kecik jeww dan menggunakan 3 bateri triple A.
Terdapat dalam 3 warna. Kuning, hijau dan oren. yang anak aku punya ni warna kuning.


So disebabkan benda ni bermanfaat, aku alu-alukan sapa yang berminat, aku boleh dapatkan dengan harga yang murah. Aku tak jual mahal.RM25 sahaja. Tapi pre-order. Kalau order minggu ni. Minggu depan baru dapat. Boleh wassap aku nombor 012-3501585 untuk sebarang pertanyaan atau pembelian. Sekian:)

Thursday 22 May 2014

Parti Hari Jadi di KFC Setia Alam

Assalammualaikum...

Hari Ahad yang lepas sepupu aku buat sambutan hari jadi anak dia yang dah homayy setahun rupanya. Cepat dan rakusnya waktu berjalan. Kalau baby dia dah setahun, baby aku lagi 4 bulan nak setahun. Kena rancang dari sekarang nih nak buat parti hari jadi tema apa.

Sambutan dibuat di KFC kat Setia Alam. So bergegas la aku, My Imam, mama aku dan of course tetamu VVIP my lil imam, Zafran. Sampai sana terus makan. Pukul 4 macam tu baru party organize datang bagi salam dan jalan kan tugas meng happeningkan majlis. 


Benda pertama yang aku cari sampai sana adalah baby chair. Nasib la dia nak duduk dalam ni sampai habis majlis. Kalau tak, terpaksa aku kuarkan walker yang dah standby dalam bonet kereta.


My Imam




Cheeky dah datang. Ingatkan zafran takot tapi dia asek perhati je. Sebelah aku tu la wife sepupu aku.
Ni wan aku dan kakak aku,
Macam2 cara aku buat tuk dapatkan gambar yang semenggah dari bapak2 mithali ni. Lihat lah hasilnya. sila scroll.


haha sume failed!!
Dia tarik tangan cheeky tuu. 
'cantik lak cekak atas kepala tu..meh nak try!!'
Last pic dengan watak utama.


Selamat hari lahir Aisyah Humaira. Moga jadi anak yang solehah ye sayangg!!

Aku sempat la tanya kos buat birthday party kat sini, katanya dalam beberapa ratus. adalah quotation nye. Yang ini sepupu aku amik dalam 15 pax je. Then adalah tambah sikit2 makanan yang lain. Goodies bag termasuk sekali. Not bad kan kalau kita just nak jemput family dan sahabat handai je.

Wednesday 14 May 2014

HAI BLOGERRRRRRRRRR

Assalammualaikum dan hai..dan hai..dan hai lagi...hehehe

tau tak apa jadi hari ini????

Aku suka blog...suka menaip...suka membebel dalam blog ni dan suka merapu..selalu.

TETAPI..aku ada masalah kekangan masa. Since dah jadi ummi ni lagi...balik je opis tau nak prepare anak bawak masuk tidur je. Time2 cuti..idak le aku ni nak meratap laptop kat rumah. Banyak benda lain yang mencabar lagi aku nak buat seperti ketip kuku anak, gosok kemeja suami, nak kilatkan kipas siling umah dan sebagainya, tumbuk sambal belacan dengan mama, tolong abah panggilkan kucing dia suh makan petang dan sebagainya.

Since dah lama tak berblog aku rasa macam kotak otak2 aku ni start nak ternak udang. kreativiti nak mengayat yang tu jadi macam orang baru2 nak jumpa mak mertua. huhu. Series. cer tengok entri2 sebelum ni. hambar.

walaupun dah ada semat phone tetap malas nak update blog.

TETAPI...aku banyak ada masa depan komputer bila kat opis. tapi yang sedih nya window aku kat opis tu zaman bayi 90-an. bila aku merayau baca blog orang, aku tekan sign in mesti kena block.

La ni komputer opis dah berwajah baru. upgrade window 7. Haha baru la sangat. So aku try try la tekan butang sign in kat blog orang. Naahhh dapat!!! kih kih kih..hai seronoknya hati. Dah lama berabuk blog aku ni dengan entry ala ala karangan STPM dulu tau. haha.

Urm pas ni makin sempit la kegiatan sosial aku kat opis ni sebab nak bersosial kat blog pulak. haha.