Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Wednesday 18 September 2013

Diari bersalin

Minggu ke-39

Hari ini 9 September 2013, hari kelahiranku yang ke 28. Hari Isnin. Aku pergi kerja seperti biasa. tiada lagi tanda sakit2 nak bersalin. Sakit perut memulas pun takda. (aku pernah baca yang antara tanda awal bersalin sakit perut memulas tapi tak berak). Aku berharap juga yang baby akan keluar hari ni. nak la sama ngan ibu dia. Dah dgn abi tak dapat. Abi dia 4 september.

kat office aku arini, semua orang tak keluar lunch. (geng2 seteru sahaja). Semua pakat beli bungkus makan kat office. Aku tak syak apa-apa sebab selalu juga kitaorang bungkus makan dalam. Bila makanan dah sampai, kak jue suruh bawa masuk meeting room. makan kat dalam tu. aku turutkan je. Bila dah ramai2 masuk makan makanan bungkus dalam tu, kak jue masuk dgn bawa kek siap ada 4 batang lilin. (4 batang je sbb kek comel)


Tu dia bos aku nak bagi cek. Main2 je tu. Tapi yang betul2 nya dia bagi aku voucher jusco (aeon) RM50. mekase cik pojie!!


Tiup sampai tumbang


Bila dah ramai2 nyanyi lagu 'heppy bufday' aku tunduk malu je pandang kek. huhu ada gak orang nak celebrate bufday aku. aku tak berangan langsung sape nak buat macam ni kat aku tahun ni sebab kepala aku dok pikir bila la waktu aku nak bersalin. Ika yang due date lambat drpd aku tu pun dah bersalin semalam. takut juga aku kalau overdue nant kena induce orang kata lagi sakit. Tapi aku berdoa la kut kut babt nak keluar hari ni, hari yang sama dengan hari lahir aku. Owhh tak boleh, nanti suami aku jeles,haha.

ni antara kawan pejabat aku


Balik kerja tu macam biasa suami ambil. Kepala otak aku ni dok pikir lagi. Bila la baby nak kuar...
dan bila aku bukak je pintu kereta, jeng jeng jeng....ada bunga, hehe sukeeeee!!!
1st time tau dpt bunga rose hidup dari suami. Ada tiga kuntum. Kembang mekat semuanya. Aku asek cium je bunga tu dalam kereta. Suami terus bawa aku pergi makan kek kat secret recipes. Dulu mana nak merasa semua ni sebab kita orang kan malu2 kucing. Buat macam2 kang takut cinta tak terbalas. ahhaaa!

Bunga dari cinta hati dan hadiah dari kawan-kawan pejabat.

9 September 2012 bersamaan 11.30 malam.

Aku rasa perut macam memulas sikit. Berry jugak la tapi le[astu mulas balik. Aku ada terbaca yang petanda paling awal peringkat nak bersalin perut akan rasa macam memulas. tapi tak rasa nak berry. aku berry je. Pastu cakap kat suami yang perut rasa macam tak sedap malam ni. suami aku tak melayan sangat. ok lah aku tak kisah sebab kalau dia layan cerita aku lagi macam-macam yang timubul dalam otak aku ni.

10 September 2013 bersamaan 12.01 pagi

Ye ye je pukul 12.01 pagi, haha tapi lebih kurang macam tu la...
Macam biasa sebelum masuk tidur aku suka membersihkan diri apa yang patut. Dalam hati macam dah kecewa sikit sebab baby tak lahir pada 9 September yang baru je berlalu. Dalam pada membersihkan diri tu aku nampak ada turun darah sikit. Ok, panik kejap tapi laju-laju aku basuh dan keluar bilik air terus dapatkan suami kat bilik tidur.

'awak, saya dah turun darah. nak bersalin dah ni. kena siap-siap g hospital'

suami aku terus bangun tak cakap apa2 sambil kemas-kemas apa yang patut. Kemudian aku dapat babah yang macam biasa tengah kusyuk tengok berita kat astro malam2 macam ni dan mama yang tengah hanyut dibuai mimpi. Semua orang kelam kabut siapkan diri masing-masing dan mengawal emosi dengan baik sekali.

12.30 pagi

sebelum bertolak, ku lihat suami sedang membacakan beberapa surah ke air yassin untuk aku jadikan bekalan nak bersalin nanti. Aku pilih bersalin kat PPUM. Alhamdulilah dapat pulak time nak bersalin waktu malam. Bukan apa, aku duk Klang. Perjalanan nak kesana penuh dengan kesesakan lalu lintas kalau waktu siang. Kitaorang dah plan, kalau 'kena' waktu siang nak order st john je. kalau naik kereta sure lepas sejam setangah baru sampai. Walaupun orang kata lepas turun tanda nak bersalin still ambil masa beberapa jam nak bukak jalan yang kat bawah tu, aku tetap tak nak amik risiko kalau2 bersalin tengah jalan.  Jadi bila kitaorang gerak malam, amibil masa setengah jam sahaja.

1.00 pagi

dah sampai tak tau mana nak dituju. Perut belum alami kontraksi lagi.
Jumpa nurse kat lobi dan terus tanya wad bersalin.
sampai kat tingkat 2, aku disuruh tukar baju. warna pink. kain dia tak best. macam kain batik. kena ikat2. aku mana reti. tak pernah pakai kain batik. Selesai tukar, aku kena masuk labour room untuk buat CTG.
Dalam sejam jugak la. Kemudian datang doktor lelaki muda nak seluk bawah aku ni. nak tengok dah bukak berapa cm. Seriou tau sebab seumur hidup aku belum pernah masuk hospital jadi patient. Kena seluk apatah lagi. Sepanjang hamil pun belum pernah sebab aku sihat walafiat. Sebelum seluk aku tanya. :doktor perempuan takde ke?' tanya je kot. Pastu doktor tu jawab 'malam ni semua doktor lelaki takda perempuan' Muka berubah macam nak marah. Eh eh emooo lak doktor ni. Bukan aku prejudis pun. Kemudia dia seluk. Bukaan dah 2 cm. Lepas dia seluk rasa macam gatal pulak bahagian perinium. rasa macam nak cuci je tapi CTG tak habis lagi. tak leh bangun. Lepas dia seluk tu jugak, aku dah mula rasa kontraksi sikit2. sakit macam senggugut. tak selesa. Dalam pada tu juga ada student praktikal datang kat aku tanya macam-macam soalan berkaitan pengalaman aku masa hamil. Aku  jawab je. Bagi kerjasama. namapun bersalin kat Pusat Perubatan Universiti Malaya.

2.30 pagi - 6 pagi

Selesai CTG, aku ditolak ke tingkat 5. Bermula perjalanan kontraksi aku. Kontraksi bermla seawal pukul 2 pagi sebenarnya. Ia datang selang 10 minit. bila datang time sakit tu tak lama. Keadaan ini berlarutan sampai pukul 6 pagi. Sepanjang malam aku duk kat wad tu aku memang tak tidur. Tak selesa. aku rasa bila baring, perut lagi tambah sakit. Bila aku duduk, kurang sikit. Bila aku berjalan lagi kurang sakit. jadi aku macam tak keruan. Kejap baring (ngantok), kejap duduk kejap kehulu kehilir tepi katil. (sebab nak redakan sakit kontraksi)

6 pagi - 12.30 tengahari

Aku lega dah subuh. tapi kontraksi makin kuat. Kali ni ia datang selang 5 minit. Bayangkan!!
Sakitnya tak terganggung. kejap zikir nabi yunus, kejap istigfar, kejap selawat. Aku pun kerap ke tandas. Kejap berak kejap kencing. tapi aku kurang makan.

12.30 tengahari

Waktu melawat. Suami dan mama dtg melawat aku. makanan pun sampai tp aku tak lalu nak makan. Sakit sangat. Suami paksa makan takut nanti nak bersalin takde tenaga. Lauk ayam tgh ari tu mmg sedap. Tapi siyes aku tak larat. makan dlm tiga suap je. kunyak cepat2 masa kontraksi takde. Last2 aku putus asa nak makan. sakit sgt. aku asek pegang tangan suami je. kejap2 tangan mama.

2.00 petang.

Waktu melawat dah abes tapi mama dan suami still teman kan aku. Nurse pun tak suruh keluar sebab dah tau aku kontraksi kena orang teman. Suami paph aku jalan2 kat sekitar wad. Orang ramai lalu lintas kat situ tengokkan keadaan aku. Panggil nurse datang tgk keadaan aku, kut2 bukaan dah tambah ke.
haaa masa ni dah 4 cm. tp aku tak tahan sakit. nurse cadang nak suntik aku epidural tuk kurangkan sakit tp kesannya aku akan mengantuk. Aku tak nak sbb seharian aku tak berapa makan sgt. So aku aspect mungkin aku akan kurang tenaga nak teran nanti, Kalau plus lagi kesan epidural tu, lagi tambah lemah la aku nak teran nanti. Nurse cakap labour roon penuh, kemungkinan kalau aku dah sampai masa ank bersalin, diaorang akan buat kat wad itu sahaja.

2.30 petang

Bukaan dah 6 cm, aku ditolak masuk ke labour room. Dalam perjalanan ke sana, dgr nurse bersembang, katanya hari ni ramai sangat org nak bersalin. Urmm...patut la aku asek kena tahan wad je.
sampai kat labour room, cek ctg.

4-4 ptg

Masa bukaan ke 9 aku dah curi2 teran. Tak tahan sgt. Tapi doktor suh aku tahan juga. Tunggu 10 baru teran. Sepanjang at labour room mulut aku tak reti diam menahan sakit. Bising gak la. Tp aku bising dgn zikir nabi yunus, selawat nabi dan mengucap.

4-4.30 ptg

doktor da bagi teran. Tapi bila ads kontraksi saja. Setiap kali dtg kontraksi aku teran. Masa ni keliling aku sume doktor dan pelatih. Semua bagi support. Aku masij ingat lg teknik teran yg jgn angkat punggung
jgn

4.30 ptg

Alhamdulillah....lahirnya seorang khalifah islam yang keluar dari rahimku. Sedang asek teran aku tak sedar dia da keluar lalu doktor letak dia atas perut aku. Sementara tu aku nampak doktor tengah menarik tali pusat dia kemudian gunting. Bayi diambil untuk dibersihkan. Waktu ni aku rasa letih sgt. Tapi aku syukur aku da selamat melahirkan Bayi yang diberi nama Izz Zhafran.