Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Sunday 25 December 2011

USANG



Boleh tak pagi-pagi ni, aku feeling jadi Rahim maarof karaoke kat u tube. huhuhuh.

Lately, suka teringat kan hal-hal lama. Memang lah kata orang barang yang lepas usah dikenang. Makin dikenang merana diri.

Teringat masa-masa lalu masa den kocik-kocik dulu. Bermandi manda dengan sepupu sepapt kat Teluk Cempedak, teringat masa saya demam tapi sangat dedikasi datang ke acara tahunan sukan Tadika Orkid. Masuk acara tarik tali. Sambil koyok tertepek kat dua-dua belah dahi. Bila masuk darjah 1 suka bawa duit syiling banyak-banyak letak kat zip kecik beg sekolah. Abah kata senang nanti tak yah minta duit belanja hari-hari. Last-last aku jugak pergi belanja aiskrim hari-hari kat kawan-kawan. haha iye la tu....nampak sangat bohongnye. Ada satu kali tu je lah. Tunggu Van Cik Mah tak sampai-sampai dah nak dekat magrib. Yang bebudak ni bosan menunggu penuh kesantunan kat tepi pagar sekolah, pergi lah lenjan sekejap padang mainan kat tepi sekolah. Habis-habis main tu, apek aiskrim amik inisiatif berhentikan motor kat tepi. Kitorang apa lagi, kanak-kanak ribena Port Garden sama jalan Melikai pergi menyerbu.

Jam tu lah, ada yang tak cukup duit nak bayar. Aku dengan budi bahasa dudaya kita, buat amal dengan kawan-kawan. Alahh aiskrim berama je masa tu dalam doploh sen. Errkk nanti sambung lagi ye. nak bersiap-siap kuar dengan member.

UPM must remember!

Assalammualaikum..

Friday 16 December 2011

Digital Camera Power Shot A540 : Serius Berjasa!

Assalamualaikum...

Al-kisahnyne minggu ini amat bersemangat memunggah kembali almari kecil semata-mata nak kumpul balik CD-R yang berterabur (simpan mana-mana tah) masa renovate rumah aritu.

Adalah nak dekat 30 keping jumlahnya. gambar sahaja tau. Kebanyakkan gambar masa belajar kat UPM dulu. Almaklumlah zaman kemasukan dulu, kamera digital tengah popular. Awal semester 2, saya dah beli dah. Jenis apa ntah tak pasti. Murah lah dalam 4 ratus hengget je. Saya cakap murah pasal masa tu kalau takda 600-800, memang tak dapat lah. sekarang ni je boleh cerita kamera digital 2 ratus boleh dapat. Apa?? ada lagi murah??

Tapi naik semester 3, kamera 400 tu buat hal. dah dapat pun kat pasaran gelap. memang malap lah masa depan kamera tu. (marah akak senior tu kalau tahu, haha)Tapi nasib lah, masa tu subjek pertanian 1 je.

Awal semester 4, saya beli baru. jenis canon power shot A540. 6.0 megapixel. zaman tu kalau orang ada kamera 6 mega pixel feel dia macam kau baru beli Samsung Galaxy Note. I-phone 4S lagi canggih?? itu saya boleh samakan dengan orang yang pakai kamera jenis nikon. haaishhh merapek sangat dah nih! Zaman tu lahhhhh!!!

Ingat lagi masa nak keluar duit kat ATM Mid Valley, rileks giler tekan angka 4 digit semata-mata nak beli kamera digital. Bersaksikan pulak kawan-kawan kat sebelah. kecoh macamlah saya nak buat kenduri kesyukuran. Tapi yelah, masa tu student. Tak rasa lagi macam mana susah nak cari duit. bab nak keluar duit laju je. Tapi saya beringat juga lah bila berbelanja. nasib lah dapat mama garang. Suka psiko saya setiap kali nak shoping. sooo...takde lah saya budget beli kamera riban-riban.

Dalam kepala otak nak beli canon ni


Bila dah masuk kedai, mula curang pabila mata terpandang yang ini


belek pulak...


wow!


saya belek belek sambil dengar hujah bernas dari apek kedai tu. Ya...saya memang dah ditakdirkan dengan Cik canon ni. Saya beli dengan harga 800 Ringgit. Ringgit means mahal. Hengget means murah. Hehe dah lama tak mengajar BM, bahasa ku rojakkan. Banyak gambar diketip melalui dia eh beliau. UPM sangat cantik. Setiap pelajar harus ada kamera untuk dibuat kenang-kenangan. hehe gurau je.Actually, banyak assigment kena hantar memang wajib tepek gambar.

sampai sekarang Cik canon masih cari makan dengan saya. But, lately dah jarang guna pasal lensa dia macam buat hal. plan nak hantar kedai. Nak beli baru memang membazir bagi orang macam saya sebab tahap kemalasan bergambar dan mengetip gambar semakin meningkat seiring usia. Alasan?? dah gemuk ok!

Saya sebenarnya dalam usaha mencari gambar masa pergi Bukit Cerakah tahun akhir 2008. Hampeh tak jumpa. Nak kena check up dengan ayong. Kot lah dia simpan. Jappp..gambar masa camping kat Ulu yam pun hilang. sob..sob...tssk!

Sunday 11 December 2011

Masuk Islam kerana Cinta manusia

B-Boy : i nak datang melamar u boleh tak?

G-Girl : i kawin dengan orang islam je.

B-Boy: i jadi islam la.

G-Girl: nak masuk islam kerana apa?

B-boy: kerana awek yang i cintai ni

G-Girl : (hakk tui dalam hati) tak pe la.

B-boy: u tak suka, u cakap aje lah.

G-Girl: i cari orang yang ikhlas dengan agama i.

B-boy: kalau macam tu, i tak ikhlas ke?

G-girl: ya, coz u nak masuk islam kerana cintakan perempuan islam. It should be u love Allah. Not a girl. (masa ni memang dah panas dah)

B-boy: True love will do anything

G-Girl: (pala hotak ang) That love will drive you unstable mind when u losing her. But if u luv Allah, that a true love coz Allah is always by ur side. (mahir zain..mahir zain dalam kepala)

B-Boy: oh really?? Gud to have a girlfriend like u who has strong belive in good.not all the girl like u. I guess i will be lucky to have girls like u.

G-Girl: (What ever!)

.............................................................................................

Begitu lah perbualan SMS ala-ala versi omputeh tak berapa nak putih. Apa yang saya nak subjek dan prediket nye kat sini ialah.....jangan lah bagi sapa-sapa kafir duk pandang agama kita sampai macam tu. ingat sms tu nak tanya hal kerja. Tapi melencong bab lain.

Nak masuk islam sebab perempuan yang dicintai???? wahhh heaven gila ayat. Eh pehhh liss lahh.
kita yang islam ni pun terkial-kial lagi nak belajar itu ini. Lagi harap suami yang dapat bimbing ke jalan Allah. Tapi spesis yang satu ni betul melalaikan jiwa.

Ingat senang ke nak berkawin dengan saudara baru. Yang berkahwin dengan awak kerana cintakan awak. Cintakan Allah datang kemudian. Cinta tu bila-bila masa boleh mati. Bila dah mati, masa tu kalau kita masih belum berjaya buat dia mengenal Allah, hang jawab lah esok dengan Allah. Seolah-olah macam ada hutang tak lunas lagi. Janganlah buat pasal.


P/s: aku baru perasan dia taip 'good'....Owh my God!!