Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Tuesday 14 September 2010

Nothin happen at 9 September.

Alhamdulilah sehat walafiat dan sejahtera pada usia melangkau 25 tahun. Syukur pada Allah SWT, terima kasih berikan saya satu kehidupan yang penuh warna warni. Ada family, jiran tetangga dan kawan2 yg mengambil berat. walaupun yang suka jaga tepi kain orang pon kira amik berat jugak lah.

Ok, menyentuh tentang tajuk di atas,  tiada apa2 terjadi antara saya dan dia. Tak sanggup lah nak gadaikan prinsip yang saya pertahankan selama ini. Bercinta tanpa hala tuju atau tanpa sebarang tanda dan ikatan bukan lah sesuatu yang saya senangi. hati sudah mati pada kata-kata lelaki yang suka berjanji itu dan ini serta suka bagi imaginasi indah tentang kehebatan dia sebagai kekasih jika 'declare'. Owhh tidakk...zaman2 itu sudah berlalu. saya impikan yang saya bakal bercinta dengan bakal suami saya sahaja. Hanya selepas ada ikatan pertunangan atau merisik baru lah saya lembut hati nak merancang masa depan hidup berumah tangga. Maaf lah wan..aku tak dapat nak tunaikan permintaan kau. kalau ada jodoh kita, adalah...tapi seronok dapat bual2 ngn kau sebagai kawan walaupun kau tak pernah anggap aku kawan, namun kau lah kawan dan musuh aku dlm pada masa yg sama. Teettttttt dah tutup cerita, kesimpulannya saya masih single.

Trima kaseh banyak2 pada ayong, selaku BFF yang merancang besday saya pada malam itu. hehe ada kek cokelat yang sangat sedap dan Encik beruang sebagai hadiah. Walaupun kene jadi ninja turtle kejap (konon2 nak wat surprise, ikat mata macam ada sedozen orang je malam tu, haha)

Ulang tahun paling bermakna sebab jatuh pada bulan Ramadhan yang mulia. May Allah SWT blessing me.

Friday 3 September 2010

Kau Lawa Tapi Bengap

Kau marah kat aku lagi ke?
Kau patut marah kalau kau rasa berbaloi buat macam tu.
Bila aku cakap yang tak elok tentang kau, aku salah.
Bila aku marah kat kau, kadang aku salah, kadang ada sebabnya.
Bila aku cakap kau gemuk tapi lawa, aku betul walaupun kau rasa benda tu salah.
Bila aku kata kau lawa tapi bengap, aku betul. Tak salahkan?
Bila kau percaya kat aku, kau betul.
Tapi bila kau lebih percayakan insting kau, kau salah.
Bila kau cakap kau suka lelaki yang cakap elok-elok dengan kau, kau betul.
Tp bila kau nak aku cakap benda yang elok-elok kat kau, aku akan rasa bersalah tentang benda tu.
Bila kau cakap yang bukan-bukan tentang aku, kadang kau betul, kadang kau salah.
Bila kau tipu aku, kau salah.
Bila kau berlagak dengan aku, kau salah.
 Bila kau tinggalkan aku, kau rasa kau salah ataupun tidak?
Kenapa kita tak boleh jadi ok?
Aku ke yang salah selama ini?

Hasil kreativiti seorang ‘teman lama’. Rasa-rasanya patut ke saya beri peluang lagi pada orang yang macam ini? Dia sangat telus, sangat berterus-terang. Dia tahu banyak kekurangan tentang diri saya namun masih setia berada disisi bila saya memerlukan sokongan, nasihat dan pertolongan tatkala ditimpa masalah.

Tapi…bila difikir-fikir kembali atas apa yang pernah dia lakukan pada saya 2 tahun lepas, saya percaya ramai lagi kawan-kawan saya takkan setuju keputusan yang akan saya lakukan pada 9 September ini.

Tinggal beberapa hari lagi ni. Solat pun da solat. Da macam nak pergi Amik exam SPM. Tapi still tak Nampak apa-apa petunjuk tentang dia.  Saya dah mula keliru nih!