Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Monday 21 December 2009

Minum susu balik, yuhuu!

Seingat aku, kali terakhir aku minum susu masa aku berada dalam semester 4. Susu anlene yang memang aku tak lalu nak minum tapi dipaksa oleh mama aku. Ya, dah besar2 begini pun kena paksa minum susu. Last2 susu tu aku biarkan sampai expired dalam freeze. Aku tiada masalah nk minum susu. Dari kecil mama memang dah latih aku minumsusu. Pilihan mama untuk aku pasti lah susu Dutch Lady. Bila aku naik sekolah menengah aku bertukar ke susu Prolene. Aku minum susu ni sampai lah susu ni dah takda jual lagi kat pasaraya yang aku selalu shopping tu. So aku bertukar kepada susu calcimex. BluweeKk, rasanya nak muntah. Sangat hanyir tetapi ada rasa manis. Aku beli sampai 2 tin je. Lepas tu takda jual lagi kat pasaraya tu. Huhu nak minum susu apa lagi lepas ni? Aku cuba jugak cari 2-2 susu yang aku pernah minum tu kat pasaraya lain. Malangnya, takde jugak. Aku ni bawa malang ke kat pengeluar 2-2 susu tu. Asal aku jd pelanggan tetap je, trus hilang dari pasaran. Mungkin la kat pasaraya lain ada tapi bukan jodoh aku, tuhan nak temukan.


 Owh, aku takkan minum anlene sebab aku rasa susu tu utk orang tua2 je. Pastu aku stop minum sampai la masuk UPM, mama aku da bising2 suh minum susu. Nak tak nak terpaksa minum anlene. Dah itu je yang ada kat kedai. Aku minum rasa tawar giler, tak lalu nak minum dah. Macam takda lemak. Tu yang last2 jadi replica je kat peti ais. Masa tu aku siap beli sebungkus lagi nak bawa balik kolej, alih2 benda tu tak rasmi2 sampai akhir semester. Aku sedekah je kat roommate aku, Sarah. Dia ni memang penggemar susu. Nasib, tak membazir.

Dan pada hari ini, aku kembali minum susu. Sekali lagi aku cuba anlene. Harap2 cubaan kali ke-2 ni, aku boleh telan.



                                                                           now u c...


now u don't

Alhamdulilah, aku bisa menghabiskannya seperti minum milo ais. Rasa pun ada improvement la. Mungkin anlene yang aku beli dulu tu untuk warga emas. Tu yang rasa tawar semacam. Ntah, aku ni macam2 la. Tadi aku minum pukul 9.30, sekarang nak tidur la. Ngantok, gud nite. ( 11pm)


ini baru pack kcil, kang bli yang bsar lak.


Thursday 17 December 2009

Doa Awal Tahun & Akhir Tahun

Sangat kecewa apabila skali lagi tidak dapat bersama-sama mama dan babah ke surau Al-Abrar utk meraikan Tahun Baru Islam bsama jemaah Port Garden yg lain, kerana masalah sakit puan. So, di sini saya sertakan Doa Awal Tahun & Akhir Tahun utk dikongsikan brsama. Trima kasih kpada Darul Nu'man.


Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:





Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.


Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.


Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.




Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".


Doa Akhir Tahun:



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.


Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.


Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

kimmy brbisik: sila klik pada doa trsbut utk mndapat gambaran yg lbih baik.

Friday 11 December 2009

Pengumuman Penting

Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatu….

Kimmy kazuma (bukan nama sbnr) nk buat pngumuman pada pngunjung2 blog ni. (yg kimmy blh bilang ngan jari 10 ni) Mulai hari ini takda lagi posting2 yg brsifat tlalu pribadi utk dipaparkan. Kimmy kazuma akan cuba mngawal mosi bila bdpan konflik dalaman dgn kluarga dan rakan. Akan cuba tidak paparkan di sini. Tak manis dibaca org. Biarlah kimmy kazuma, rakan tdkat, family dan tuhan yg maha mgtahui ja tahu. Sblum ini, kimmy kazuma pnah post kisah konflik ngan mama. Ahh, prmpuan sgt mosi. Ckit2 nk mngadu. bila ada blog, smua nk habaq kat sini biaq suma ogwang tau. (awat ang tak malu ka, biar satu Malaysia tau ang pnah Dhaka) Pastu takda moral lak kisah ang. Abih2 sronok dapat mawar mrah dr mama ang sndri masa hari konvoksyn. Sdozn lagi. Awat snang nya idup!!!!(haa, tang ni la kimmy kazuma nk control).

Kimmy kazuma nk buat pmbtulan ckit. Kimmy syg sgt kat mama kimmy tu. Kami hanya slalu slisih pndpat. Cmna hangin 1 badan pun, msti datang minta garu blakang badan gak. Hurm…pastu bbalas2. kih kih. Bila kami slisih pndapat, babah (mmg panggilan sbnar) akan jd org tgh. Baru tahu susah gak nk hadap 2 wanita ni. Ok, ckup2 la kisah kami anak branak. Lpas ni Kimmy tak nak copy past drama family kimmy kat sini. Drama yg tak spatutnya di baca umum. Ini yg last. Kimmy rasa malu bila baca balik dan sgt sdar ia tak spatutnya lpas ksini. Mama kimmy sgt prahsia dan dia tak suka kisah family di jaja2. Kimmy sgt bsalah.

Tapi kalau kimmy nk dscribe ttg prson yg kimmy sayang kat sini atau nak umum kisah yg pnting dlm idup kimmy, itu lain crita. Itu pghargaan namanya. Dan kimmy akan lakukan sbb kimmy sayang sapa yg kimmy spatutnya sayang dan akan show kat sini. Kimmy sayang mama, babah, ggl kimmy, saudara mara kimmy dan bakal suami kimmy. Kimmy takda kawan llaki. Siys! Nanti kimmy story.




Kimmy brbisik: pngganti diri nama ptama pnaip akan brubah2 mngikut mosi dan krndahan hati pnaip swktu mnaip. Harap maklum.